PERCUTIAN SABAH- PAKEJ MURAH KE KUNDASANG 2023
Ingin merancang percutian ke Sabah? Tapi tak tahu nak mula dari mana? Bagi anda yang pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Sabah Negeri Di Bawah Bayu ini, pasti akan tertanya-tanya beberapa perkara yang wajib diketahui sebelum anda ke Sabah. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 untuk merancang percutian anda di Sabah. Terdapat beberapa soalan bagi mereka yang sering bertanyakan pada saya.
Nak mendarat kat lapangan terbang mana?
Walaupun soalan ini nampak mudah, namun ianya sering ditanyakan kepada saya. Ini bermaksud, masih ramai yang tidak tahu ada berapa lapangan terbang di Sabah ni dan bagaimana laluan penerbangan ke Sabah. Untuk pengetahuan anda, di Sabah terdapat beberapa lapangan terbang namun tidak semua lapangan terbang di Sabah mempunyai penerbangan terus daripada Kuala Lumpur atau lain-lain penerbangan di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Singapura. Satu tips percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 dari saya, anda boleh semak di laman web penerbangan seperti AirAsia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan lain-lain. Oleh itu, anda boleh pilih nak ke destinasi mana yang hendak dituju, baru boleh pilihlah lapangan terbang yang terdekat.
Senarai lapangan terbang utama di Sabah ialah:
-Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
-Lapangan Terbang Sandakan
-Lapangan Terbang Tawau
-Lapangan Terbang Lahad Datu
Siapakah yang akan menjemput anda di lapangan terbang?
Tips percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 yang kedua, ini terpulang dengan anda, kalau anda lebih selesa untuk memandu sendiri ke pelbagai destinasi tanpa ragu-ragu, bolehlah mengambil servis kereta sewa. Namun sekiranya anda tidak mahu keletihan mencari jalan dan lebih selesa mengambil pemandu khas bersama kenderaan, anda boleh juga menyewa kereta bersama pemandu. Sekiranya anda inginkan perjalanan yang lancar, bolehlah terus mengambil pakej percutian Sabah sekali dengan kenderaan, pemandu dan penginapan. Ini lebih memudahkan pengurusan anda dalam merancang percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 kerana anda hanya perlu menghubungi seorang sahaja bagi menyelesaikan masalah anda. Sekiranya, anda telah ada persiapan ini, maka tidaklah anda ternganga di luar gate lapangan terbang tu sambil mencari-cari hala tuju dan membuang masa menunggu. Betul tak?
Apakah jadual perjalanan yang sesuai?
Selalunya jadual perjalanan merupakan perkara yang tidak kurang pentingnya dalam merancang percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023. Anda harus memikirkan ke mana yang anda ingin lawati terlebih dahulu. Rancang destinasi dalam Sabah. Nak kena buka peta Sabah ke? Jawapannya, tak semestinya, kadang-kadang tu, nak pilih tempat tak boleh main hentam pilih, hari pertama nak ke Tawau, hari kedua nak ke Sandakan, hari ketiga nak ke Kota Kinabalu. Jarak ketiga-tiga tempat bukanlah dekat. Oleh itu, rancang perjalanan seiring dengan tempoh masa anda di Sabah. Kalau anda Cuma ada 4 Hari 3 Malam, cuba rancang tempat-tempat yang saling berdekatan agar tidak membuang masa di perjalanan sahaja. Sebagai contoh pakej percutian Sabah yang paling popular adalah Percutian Sabah Kundasang 4 Hari 3 Malam.
Hari Pertama;
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (penerbangan pagi).
- Bertolak ke Kundasang yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit hingga 2 jam.
- Bersiar-siar di kawasan Kinabalu Park, Desa Dairy Farm, Kundasang War Memorial.
- Bermalam di Kundasang untuk satu malam (sebelah malam tu kalau nak BBQ sendiri ke, bolehlah singgah pekan Kundasang untuk beli arang. Cuma pastikan penginapan ada tu ada tempat memanggang khas.)
Hari Kedua;
- Sarapan di mana-mana restoran kat pekan Kundasang atau di penginapan anda.
- Menyambung perjalanan di kawasan pekan Ranau yang mengambil masa perjalanan 30 ke 45 minit.
- Bersiar-siar di Tagal Fish Spa, Ladang Teh Sabah dan Kolam Air Panas Hot Spring.
- Bertolak balik ke Kota Kinabalu (selepas jam5 petang).
- Menginap di Kota Kinabalu
Hari Ketiga;
- Bersarapan di hotel atau restoran di kawasan Kota Kinabalu
- Bertolak ke Jeti Jesselton Point pada waktu pagi bagi lawatan ke Pulau Taman-Taman Tunku Abdul Rahman (TARP) iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan/Pulau Mamutik
- Aktiviti bebas di pulau, seperti snorkeling, banana boat, parasailing dan macam-macam lagi.
- Kembali ke Jeti Jesselton Point pada waktu petang
- Balik ke hotel atau tempat penginapan untuk berehat.
Hari Keempat;
- Daftar keluar penginapan
- Singgah untuk membeli-belah di Pasar Kraftangan Sabah atau nama lainnya Pasar Filipino. (Kalau kebetulan hari keempat ni jatuh pada hari Ahad, bolehlah anda singgah ke Tamu Gaya Street untuk melihat pelbagai kraftangan dan barangan lain yang dijual pada awal pagi kerana suasananya lebih meriah)
- Sekiranya anda menempah penerbangan pada lewat malam, jangan risau! Kerana anda masih mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan di sekitar kawasan Kota Kinabalu, seperti melawat Menara Tun Mustapha, Masjid Terapung dan lain-lain.
Senang tak, nak dapat makanan halal kat Sabah?
Jawapannya, YA, sangat senang untuk dapatkan makanan HALAL di Sabah ni. Yang penting kena tau kawasan-kawasan tu, ada kawasan yang memang penuh dengan restoran yang pemiliknya Cina dan India, namun tidak kurang juga Cina Muslim dan India Muslim yang menjadi pengusaha restoran. Yang penting anda perlu mengetahui restoran yang berdekatan dengan penginapan anda. Oleh itu, adalah lebih baik anda mengupah servis pemandu yang berpengalaman dalam mencari tempat makanan yang HALAL seperti restoran Seafood yang memang menjadi tempat utama bagi para pelancong yang berkunjung ke Sabah.
Begitu juga bagi mereka yang ‘Vegetarian’. Walaupun tidak banyak di kawasan Kota Kinabalu yang menjual khusus makanan vegetarian sahaja namun, pelbagai restoran-restoran yang mempunyai menu vegetarian bagi golongan ini.
Berapa kos yang diperlukan bagi percutian di Sabah?
Sekiranya anda merancang percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023 untuk ke Sabah sendiri, anda perlu mengetahui kos yang diperlukan bagi empat (4) komponen utama ini iaitu;
- Kos Pengangkutan – Ini termasuk pengangkutan udara, darat dan air sekiranya pergerakan anda memerlukan pengangkutan jenis ini dari satu destinasi ke satu destinasi lain.
- Kos Penginapan – Ini juga termasuk dengan kadar bintang sesuatu penginapan. Anda ingin penginapan yang mempunyai pemandangan yang cantik dan ruangan yang luas dan lebih selesa, kenalah keluar duit lebih. Namun, ianya terpulang pada citarasa seseorang. Jika mampu, apa salahnya kan?
- Kos Makan dan Minum – Yang ini amat penting sebab nak bajet makan apa, berapa harga dan sebagainya. Bagi anda yang meminati makanan laut di Sabah, bolehlah mencubanya namun harga bergantung pada timbangan makanan tersebut seperti ikan, sotong, ketam, udang dan lain-lain. Nak lebih jimat, boleh cuba “seafood buffet” yang terdapat di pelbagai restoran. Lebih berbaloi kerana anda boleh makan sepuasnya dengan hanya kos RM40-RM70 seorang bergantung dengan harga sesebuah restoran tersebut.
- Kos Aktiviti – Untuk bahagian ni pula bergantung dengan tempat yang anda ingin lawati, contohnya nak pergi Desa Dairy Farm, kena bayar tiket masuk. Kalau nak beli aiskrim, susu Desa dan lain-lain bolehlah bawa duit lebih untuk perbelanjaan anda kat sana nanti.
Kesimpulannya, semua perjalanan kena ada perancangan yang betul supaya perjalanan berjalan dengan lancar dan taklah “over budget”. Untuk mengetahui lebih banyak infomasi mengenai percutian sabah- pakej murah ke kundasang 2023, bolehlah hubungi kami di 011-1864 8848 (Yati) / 088-301615 (Office Hours)
Leave a Reply